Showing posts with label Kecurian. Show all posts
Showing posts with label Kecurian. Show all posts

Mencegah Kecurian Kenderaan Anda!

Amaran PDRM mengatakan bahawa setiap hari lebih kurang 20 kenderaan dilarikan. Berikut merupakan langkah2 yang boleh kita ambil utk mencegahnya:

Tempat Kecurian Kerap Berlaku:
+Tempat letak kereta awam
+Kompleks membeli belah
+Dihadapan rumah, di tepi jalan
+Di tempat letak kereta hotel

Faktor Berlaku Kecurian:
+Tidak dikunci
+Tiada kunci tambahan
+Meletak ditempat terpencil
+Meninggalkan barangan berharga seperti laptop,handphone

Bagaimana Mencegah Kecurian?:
+Pastikan kereta dipasang alat penggera yg baik
+Memasang kunci tambahan
+Sentiasa meletak kenderaan di tempat yang mudah dilihat
+Pastikan kunci tidak ditiru (duplicate) semasa servis kenderaan
+Jangan serahkan kunci anda pada 'jockey' kereta
+Lakukan 'sandblasting' di setiap cermin kereta anda
+Sentiasa bersiap sedia dgn kunci ditangan semasa menuju ke kenderaan anda
+Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dgn kenderaan besar seperti bas dan lori yg secara tak langsung boleh melindungi kenderaan anda dari dilihat.