Nak dengar or imbau kembali lagu ITM DIHATIKU? Just play the video above. I grab this video from YOUTUBE, bila dengar balik lagu ni..teringat semua kenangan2 semasa belajar diITM Shah Alam suatu masa dahulu!



Tepat jam 7.30pagi, selepas menghantar dua anak i ker nursery, i bersama my wife, kakak ipar dan my parents in law telah bergerak ke Shah Alam untuk menghadiri Majlis Konvokesyen UiTM ke-67 adik ipar i. Perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minutes..tu pun sebab tersangkut sekejap di jalan Kuching akibat kesesakan traffik. Sesampainya di UiTM Shah Alam, traffic begitu lancar. Maybe sebab kami dah sampai agak lewat, time tu dh 8.35am! Acara bermula pada 8.00am (mengikut schedule dlm buku la...) Terus i park kereta di kawasan staff area (sbb ada ramai member kt sini!..kalau tak jenuh kena park jauh!) Keluar jer dr kereta, teringat balik kenangan masa i belajar di sini suatu masa dahulu. Dulu i pun pernah harung 4 tahun di UiTM Shah Alam (Faculty of Art & Design, Bachelor in Graphics). Banyak benda yang i alami di UiTM Shah Alam ni..banyak sangat-sangat!! Semua benda yg berada disekeliling, semuanya berkait dgn hidup i di sini suatu masa dulu!! Huhuhu! Banyak sangat! So, lets start balik cerita pasal Konvo kali ni..orang mmg ramai! Hiruk pikuk area Dewan Sri Budiman ni. Dulu i pun pernah beratur masuk gak kedlm dewan ni..teringat lagi! Khemah yg didirikan cukup selesa la untuk menampung ramai ibu bapa yg datang. Masing2 dgn hal sendiri..tambah kecoh dgn kehadiran budak2 kecik yg meraung-melolong! Ye la, budak2 mana la tau kan..yg dorang tahu, nak main jer!! Majlis konvo kali ni mmg meriah, bangunan Dewan Sri Budiman pun dh makin cantik..berbeza dari dulu! Mak bapak dipisahkan dari para graduan (zaman i, mak bapak dok skali dlm dewan!) Maybe sebab graduan terlalu ramai, maka terpaksa split dua! Tak kisah la..sebab banyak TV berskrin besar disediakan diluar untuk masing2 menatap wajah anak masing2 time terima ijazah! Cuma panas je la sikit kt luar! Yang nak i komen, suara MC yang menyebut nama graduan sdikit pelik. Mcm tak pernah training..! Majlis ni ialah majlis rasmi, sepatutnya mereka yg dilantik sebagai MC patut berlatih menggunakan tone suara yg betul.Frankly, suara dorang ni tak patut berada di majlis sepenting ni. MC mcm ni sepatutnya menjadi MC di majlis kenduri kawin! Suara tak komersial! Serius! Apa la nak jadi...! Majlis konvo kali ni diakhiri dgn lagu ITM DIHATIKU...huh! lagu ni best sangat! Teringat zaman belajar dulu-dulu kat sini! Rasa nak belajar balik pun ada! Apa-apahal pun..I'm proud kerana menjadi sebahagian dr student UiTM suatu masa dulu!

No comments:
Post a Comment