
Penganjuran larian RUN FOR FUN anjuran ASTRO CERIA berlangsung di Stadium Shah Alam pada Ahad, 30 Mac 2008 dengan suasana yang penuh kelam-kabut dan tidak teratur! Ketibaan keluarga serta ibu-bapa seawal 5.30 pagi lagi membuatkan pihak pengurusan larian menjadi tidak terkawal. Ramai ibu-bapa yang bersungut kerana pembahagian nombor serta bip yang tidak teratur. Pihak Astro menyalahkan ibu-bapa kerana gagal mengambil nombor sehari sebelumnya, padahal pihak ibu-bapa langsung tidak diberitahu mengenainya lebih awal. Saya yang juga mendaftar 2 minggu lebih awal melalui online (astro.com.my/astroceria) juga gagal mengambil nombor serta bip yang betul pada anak-anak saya. Ramai yang terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan nombor dan ini menyebabkan pihak Astro mejadi kelam kabut serta bertindak melambung semua bip kearah orang ramai!. Ini merupakan satu tindakan yang langsung TIDAK PROFESIONAL! Akibatnya, anak saya yang baru berumur 9 dan 7 tahun terpaksa berlari dibawah kategori 13 tahun! Ramai ibu-bapa mula bersuara dan kekecohan berlaku. Sepatutnya pihak Astro lebih bersikap teratur dan harus mempunyai plan yang baik untuk mengawal pertandingan. Ini kerana pertandingan ini adalah untuk kanak-kanak dan cara mereka mengendalikan pertandingan langsung tidak mencerminkan tahap profesional!

1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Câmera Digital, I hope you enjoy. The address is http://camera-fotografica-digital.blogspot.com. A hug.
Post a Comment