Birthday Cake Lagi!


Hepy Besday 2 U Irfan! Hmm..arini hari jadi anak sulong i, Wan Nur Irfan..dah genap 8 tahun! Like i tell before, bulan october merupakan bulan sambutan besday anak-anak i.. Semua kena beli kek sorang satu! Huhu! Oleh kerana semua sedara-mara i kat KL dah balik kampung (lagi 2 hari nak raya ni..), maka i bwk kek yg dibeli my wife ke rumah abang ipar i kt sentul..umah angah. hanya tinggal dia sorang jer yg belum balik sbb his wife still kena kerja! So, tiup lilin kek kt sana la... Kebetulan my wife pun ada kirim kek raya, so gi amik la. Macam biasalah, bila deal ngan kids..semua berebut-rebut nak tiup lilin kek..adehh..so terpaksala kasik semua budak2 beratur tiup lilin kek! Oleh kerana sebelum tu, i with my family gi bukak puasa kt 1 Utama, maka mata teramatlah mengantuk.. Tak sampai sejam, i dah ajak balik..dah x larat sangat2! Nak tido jer ni...huhuhu. Lagipun barang2 utk dibawa balik beraya belum pack lagi...

Delicious Cafe Lagi..


Hari ni merupakan 2nd lastday di bulan ramadhan, meaning ada 1 hari lagi utk berpuasa. This week, i decide gi bukak puasa di 1 Utama. lagi sekali di Cafe Delicious! Dlm masa seminggu, dah dua kali dah gi makan kt sana, geram kat nasik kerabu ngan ayam percik cafe tu! My wife plak order spagetti apa ntah..i bukannya pandai sgt nak sebut..hehehe. Last day gi i dtg sini with my frens, today..i bring my family. Sampai2 jer kat cafe tuh, tempat dh fullhouse...so kena la masuk dlm standby list..kejap jer, then dah ada seat. Mcm biasa la, bila dah bawak anak2, riuh rendah jadinya...huhu. Makan mmg best! Slurppppp...!!







The Journey has begin! Projek Angkasawan Negara...

















Hari ini 10 Oktober 2007 merupakan satu hari yang bersejarah bagi negara Malaysia kerana kita telah berjaya melahirkan seorang angkasawan negara yang pertama! And we should be proud of it! Soyuz Capsule TMA-11 merupakan roket yang akan membawa Dr.Sheikh Muszaphar daripada 11,275 permohonan yg di terima pada altitud 346.9km di atas permukaan bumi. Perjalanan dari bumi ke Stesen Angkasalepas Antarabangsa akan mengambil masa selama 2 hari! Dr Sheikh akan berada di Stesen Angkasalepas Antarabangsa (ISS) selama 10 hari. Di stesen angkasa tersebut, beliau akan melakukan tugasan peyelidikan, antaranya mengenai Kajian Sel di Angkasa Lepas, Kajian Mikrobiologi dan juga Kajian Protein. Semoga Berjaya & Malaysia Boleh!


So, ingin ke blog Dr Sheikh Muszaphar? Just click on this address : htttp://angkasawan.com.my/blog


Makan-Makan @ 1 Utama











Today, lagik sekali we all dapat jemputan (me & frens) kuar makan-makan for bukak puasa kat luar. Right after works, dengan hujan yang amat lebat (maybe jarak penglihatan cuma 20 meter / kelajuan kereta 40km/h) me and my frens menuju ke Damansara Utama. Destinasi makan-makan kali ini ialah di kawasan pusat membeli-belah 1 Utama. Sampai je area sana, without wasting my/our time...i gi ke satu restaurant, Delicious Cafe. This restaurant terletak di aras LG New Wings 1 Utama, betul2 sebelah butik DKNY. Menu kat sini pelbagai. Ada western, ada jugak yg 'kemelayuan'. So, sebab dah terkena kat TGI Friday tempoh hari, i decide untuk order menu 'Nasik Kerabu with Ayam Percik + Keropok'. Wallaaaaa...kat cafe grand mcm ni pun ada masakan ayam percik! Tu yg tak tahan tuh! Dia punya set boleh buat orang sendawa ngam-ngam (means..tak terlalu sedikit and tak terlampau banyak!) Kira ok la..penuh satu pinggan. Tu belum kira kerabu dia lagi, sampai melimpah-limpah! Kalau boleh, i nak pass sikit kerabu tu kat orang yg duduk di meja sebelah! Dah jadi mcm sampah plak..oleh kerana i x mkn that kerabu, so i asingkan.. Ayam percik dia..fuyooo!! Memang sedap! Sampai pengsan 2-3 kali sebab terlampau sedap! Wakakaka! Hmm..dia punya interior...superb! very nice and clean interior, tak over. So, utk jalan-jalan carik makan bukak puasa kali ni, i boleh kasik 5 bintang kat this Delicious Cafe! Bravo! Nak rasa...gi la sana!!

Musim Birthday Sudah Datang!





























Oktober! Oktober! Oktober! Spatutnya today i join with my frens gi bukak puasa kat Nelayan Restaurant, Tasik Titiwangsa, KL...tapi i tak gi. Why? Becoz' skarang dah bulan SEPULUH! Bulan OKTOBER! Ada apa ngan bulan oktober ni?? Hmm.. Guess wat, my kids..i mean semua ke-empat-empat orang anak i lahir bulan oktober, termasuk la i...pun bulan oktober gak! Cuma my wifey jer lahir bulan 12. Wallaaaaa! So, yang 1st lelaki lahir on 11th October 1999 / Yang 2nd pompuan, lahir on 8th October 2001 / Yg 3rd pompuan, lahir on 29th October 2004 (same besday date ngan i), / Yang 4th lelaki, lahir on 30th October 2006. Meaning, i..termasuk 4 orang anak2 i lahir on the same month - OCTOBER! Phewww... So, kompem selang beberapa hari, kena beli kek besday sorang satu! Huhuhu! So, utk besday present...i and my wife pakat-pakat beli story books la untuk dorang..semua dapat sorang satu...'Membaca Menambah Pengetahuan'...hehehehe.. So, Hepi Besday utk semua anak2 i!! Muah Muah Muahhhh!!!


Eat @ The Curve

Arini last week weekend untuk bulan Ramadhan...so i decide bawak satu family i gi makan bukak puasa kt area The Curve, Mutiara Damansara. Memula ingat nak makan kat Kenny Rogers, tapi disebabkan sampai lewat..time tu dah 6.15pm, maka semua tempat dah kena booked! Kira fullhouse la. So, ronda-ronda tetiba nampak satu restaurant, namanya Thai Express. So, tanpa banyak songeh..i satu family pun duduk la kat situ..kebetulan masih ada satu lagik tempat ngam-ngam utk kami berenam. Masa tu pun dah 6 lebeh dah, tak sempat dh nak carik kawasan makan yg lain! Makan kt sini biasa jer..senang cerita, tak best sangat pun.. Dalam menu order satu set tomyam (ada gambar 3 bijik lada - meaning pedas la!), tapi bila makan, hampehhhh! Tak pedas and tak sedap langsung! Anak i yg umur 4 tahun tu pun bleh hirup selamba jer! I bagik 1 bintang jer la kt kedai ni, pendek kata..lain kali mmg takkan dtg lagi la! Pas makan, ronda2 area situ. Kira meriah gak la, dia punyer deco
ration pun cun gak..maklum la skang ni dh musim raya! For decoration concept kt The Curve, i bagik 4 bintang! Bila dah lama ronda2 ni, mcm2 karenah anak2 mula keluar..semua dh start nak mengamok! Adehh.. so, jom balikkk!!! Hu
huhu..

Makan-Makan@KLGCC


Bila di bulan Ramadhan ni, banyak la datang jemputan makan-makan kat luar dari company-company dan juga dari associate-associate syarikat i. Arini, i dijemput makan2 di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) bertempat di Mont Kiara,KL. Kira ni kali ke-2 la i datang menjamu selera di sini. Dulu penah gak dtg sekali masa wife i still with Celcom..wat family day kat sini...tu dah lama dah. So, mcm biasalah, bila dijemput makan free ni, maka berduyun-duyun la umat manusia datang..huhuhu. I and my geng yang mula-mula sampai, terus ambik port baik diberanda mengadap golf course. Sementara tunggu waktu berbuka tu, macam biasa lah..masing-masing keluarkan lawak masing-masing! Mcm nak terbalik meja kitaorang gelak..adehhh..wat malu company jer! Kira makanan kt situ ok la, best la jugak. Time makan pun still dorang dok wat lawak spastik..pening pala! Bila pas makan, semua senyap..kenyang! Huhuhu.. Masa tu jugak adalah kitaorang jumpa member2 lama yg dah quit dari company kitaorang..masing2 bertukar-tukar cerita dan kutuk mengutuk! Masing2 kenang balik cerita2 lama waktu dulu..adehhh..berpeluh-peluh masing2 bercerita! So, sesaper yang nak berbuka puasa kat KLGCC, maka..komen i..OK la...their chef pandai cooking! Sedap! Walllaaaaa...!! Sehingga menjilat jari!

TGI Fridays


Walaaaa...!! Arini pas kerja, we all ramai-ramai gi serbu bukak posa kat TGI Fridays Restaurant. Kira ramailah gak geng-geng yang join termasuk member2 lama. Yang datang Fidt@Boboi (aka pemecah-belah masyarakat!), Jept@Mahmud and his fren, Jim (Ijam konon..pembantu peribadi pemecah-belah masyarakat!), Fahmi, Zul kecik (katik?..wateva..), Madi, Aiman, Epol (The Emo - dier yg set makan-makan ni), Zamuren (nak kena mamat ni nanti!..bossy sangat! huh!), saper lagik erkk..lupa la plak.. Dari opis kitaorang nak gi sana, punyalah jem! Sangkut dlm 10 minit dlm jem..mengong ja! So, semuanya kira punctual la (amin takder..kalau tak sure dier yg paling last sampai!). Sampai2 jer, masing2 bengong nak pilih nak makan apa! Tak tau nak pilih menu yg mana..nama menu semua pelik-pelik! Wakakakaka...kira kampung habeh la! Last2 bila dpt makanan yg di order, masing2 buat muka blur + spastik! Mau taknya, ada yang dpt mcm nasik basi (aku la tuh!), nasik yg melekat kt keju..adeh...Ada yg order sup udang dlm gelas! (mengong betul!) Ada yg dapat ayam keras mcm dah setahun dlm fridge!, ada yang dapat sayur hancur, ada yang dapat daging hangit..hahahahaha..kelakar tul! Tu la pasal, gatal2 lagi nak tukar selera gi makan kt western..bukannya sedap pun! Bila sampai time bayar, muka masing2 tension..sorang kena kuar 50 hinggit lebeh, tapi makanan semua tak habis pun...membazir betol laa!! Bil semua skali dekat RM600 lebeh! Padan Muka! Lain kali gi makan tomyam lagik besh!!! Huhuhuhu!!

Pecah Rumah!



Pecah rumah merupakan gejala yg kerap dilakukan apabila menjelang musim perayaan. ia berlaku kerana kebanyakkan dr kita telah pulang ke kampung dan ini akan memudahkan kerja mereka. I sendiri pernah mengalami kejadiah pecah rumah baru-baru ini. Mereka mengambil kesempatan daripada ketiadaan i and my wife semasa kami keluar bekerja baru-baru ini (refer gambar: muka penyamun yg telah ditangkap oleh pihak security condominium kami, Well Done! - Thanx A Lot!!)

Antara tips-tips utk mengahalang kejadian pecah rumah:
+Memasang alat2 keselamatan tambahan seperti alarm system, cctv, grill - untuk menyukarkan lagi mereka!
+Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah
+Hubungan yg baik dgn jiran boleh membantu
+Pastikan semua pintu, tingkap berkunci semasa keluar rumah
+Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang, menyukarkan mereka bersembunyi
+Hentikan langganan akhbar/majalah sekiranya anda pergi bercuti
Bagaimana mereka boleh memecah masuk rumah anda? :
+Dgn pemutar skru atau objek tajam utk mengumbil pintu/tingkap
+Menggunakan 'jack' utk membuka jerjak/grill pintu/tingkap
+Memotong mangga dgn gergaji besi
+Memasuki melalui bumbung rumah / ruang yg terbuka
+Tingkap yg tidak berkunci / terbuka
+Menggunakan kunci pendua.

Mencegah Kecurian Kenderaan Anda!

Amaran PDRM mengatakan bahawa setiap hari lebih kurang 20 kenderaan dilarikan. Berikut merupakan langkah2 yang boleh kita ambil utk mencegahnya:

Tempat Kecurian Kerap Berlaku:
+Tempat letak kereta awam
+Kompleks membeli belah
+Dihadapan rumah, di tepi jalan
+Di tempat letak kereta hotel

Faktor Berlaku Kecurian:
+Tidak dikunci
+Tiada kunci tambahan
+Meletak ditempat terpencil
+Meninggalkan barangan berharga seperti laptop,handphone

Bagaimana Mencegah Kecurian?:
+Pastikan kereta dipasang alat penggera yg baik
+Memasang kunci tambahan
+Sentiasa meletak kenderaan di tempat yang mudah dilihat
+Pastikan kunci tidak ditiru (duplicate) semasa servis kenderaan
+Jangan serahkan kunci anda pada 'jockey' kereta
+Lakukan 'sandblasting' di setiap cermin kereta anda
+Sentiasa bersiap sedia dgn kunci ditangan semasa menuju ke kenderaan anda
+Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dgn kenderaan besar seperti bas dan lori yg secara tak langsung boleh melindungi kenderaan anda dari dilihat.

Mercun oh Mercun!


Kalau kita sedar, bila start jer bulan puasa, maka keliling rumah kita macam medan perang! Bung bang bung bang! Bunyik apa lagik kalau tak bunyik mercun! Yang hairannya, macamana la benda benda ni bleh lepas? Mana pegi geng2 penguatkuasaan? Kalau kita perhatikan, mercun or bunga api ni dibawa masuk melalui negara seberang...kebanyakannaya dari thailand. Persoalannya, bagaimana benda2 ni bleh lepas kat sekatan kastam or polis di sempadan? Sepatutnya kerajaan dah boleh agak, kalau time-time nak raya..sure geng2 penyeludup ni akan bawak masuk mercun! Tiap2 tahun mesti banyak mercun diseludup ke Malaysia! Macamana bleh lepas? Bagi i, penguatkuasaan adalah satu perkara yang amat penting, sepatutnya polis membuat rondaan di kawasan perumahan..bagi nasihat sekiranya ternampak budak2 or org tua yang main mercun..then rampas mercun2 tersebut, jangan bagi can langsung! Bunyi letupan mercun akan mengganggu ketenteraman penduduk setempat! Yang hairannya, tukang beli mercun tersebut adalah mak bapak dorang jugak! Bila anak-anak dah putus dua tiga batang jari, mula la nak menyesal..pas tu tahun depan beli balik! Mak bapak mcm ni la yang sepatutnya dihukum dahulu! Baru dua tiga hari berpuasa, kita bleh baca dalam paper..dua tiga orang budak dah yang putus jari!! So, saper yang patut disalahkan!!!

IKEA Buffet


Tadi jam 5pm, i bwk la my family..gi ke damansara..ye la..my wife mengidam nak makan set buffet kat IKEA dah lama dah, adeh...so, i bwk la. Kira on da way nk gi sana, jalan clear..tak jem pun. Sampai Ikea lebih kurang jam 5.30pm la..mak oii!!, dia punyer ramai org Q mcm nak masuk concert kat stadium..punyalah panjang! Tp alang2 dah sampai tuh, i pun Q gak ler.. Adalah Q lebeh kurang setengah jam lebeh, alih2 minah kat kaunter booking buffet kat Ikea tu kata, meja dah penuh..! adehhh..! Ngaperlah tak ckp awal2 wei! Orang lain pun ramai gak yg tunggu kt blakang, semua membebel. Spatutnya dorang (Ikea) wat la sistem kupon, meaning kalau kupon dah abis dijual, stop la suruh orang Q! Mengong betul laaa! So, sebab lapar and jam dah pun kat kul 7pm, maka i anak beranak turunla gi area Ikano..makan mee kicap kat sana, abeh cerita! Then on da way balik pas hentam mee kicap, sempat la gak wife i ajak gi shopping baju raya anak-anak kt area Ikano, beli la sepasang dua utk anak2 i yang 4 orang tuh..my wife belanja! Gulppp...