
Kalau kita sedar, bila start jer bulan puasa, maka keliling rumah kita macam medan perang! Bung bang bung bang! Bunyik apa lagik kalau tak bunyik mercun! Yang hairannya, macamana la benda benda ni bleh lepas? Mana pegi geng2 penguatkuasaan? Kalau kita perhatikan, mercun or bunga api ni dibawa masuk melalui negara seberang...kebanyakannaya dari thailand. Persoalannya, bagaimana benda2 ni bleh lepas kat sekatan kastam or polis di sempadan? Sepatutnya kerajaan dah boleh agak, kalau time-time nak raya..sure geng2 penyeludup ni akan bawak masuk mercun! Tiap2 tahun mesti banyak mercun diseludup ke Malaysia! Macamana bleh lepas? Bagi i, penguatkuasaan adalah satu perkara yang amat penting, sepatutnya polis membuat rondaan di kawasan perumahan..bagi nasihat sekiranya ternampak budak2 or org tua yang main mercun..then rampas mercun2 tersebut, jangan bagi can langsung! Bunyi letupan mercun akan mengganggu ketenteraman penduduk setempat! Yang hairannya, tukang beli mercun tersebut adalah mak bapak dorang jugak! Bila anak-anak dah putus dua tiga batang jari, mula la nak menyesal..pas tu tahun depan beli balik! Mak bapak mcm ni la yang sepatutnya dihukum dahulu! Baru dua tiga hari berpuasa, kita bleh baca dalam paper..dua tiga orang budak dah yang putus jari!! So, saper yang patut disalahkan!!!

No comments:
Post a Comment