
Hari Raya Ke-4, i dan family berangkat ke Alor Star, Kedah D.A. Seperti tahun-tahun sudah, memang setiap kali hari raya puasa, i akn balik beraya ke Kota Bharu dan juga ke Alor Star (kampung my wife). Perjalanan dari Kota Bharu ke Alor Star mengambil masa lebih kurang 6 jam (ni termasuk sangkut kt jem! Adeh..). Untuk ke sana dari Kelantan, satu-satunya jalan yang paling hampir dan pantas ialah melalui Lebuhraya Timur-Barat. Meaning i kena drive dr Kota Bharu > Batu Melintang > Grik > Gurun, then baru sampai ke A.Star. Sekiranya sesiapa yg pernah melalui Lebuhraya Timur-Barat ni, sure akan terpegun dengan keindahan panoramanya. Maklumlah, memandu di Banjaran Titiwangsa...in fact, sesiapa yg memandu, pasti akan melintasi Puncak Titiwangsa, iaitu kawasan yg paling tinggi di Banjaran Titiwangsa!
Waalllaaaaa!!

No comments:
Post a Comment