
Oleh kerana tak tahu apa yang nak dibuat, maka tetiba datang idea i and my family nak ke Wang Klian, Perlis (sempadan Malaysia-Thailand). Wang Klian ni terkenal dengan pusat membeli belah barangan Siam, kira macam kat Rantau Panjang, Pengkalan Kubor and Bukit Kayu Hitam la. Selalunya pasar di Wang Klian akan hanya dibuka sebelah pagi, tetapi oleh kerana tu first time gi sana, maka kami terlewat! Drive ke sana, kita terpaksa melalui satu ladang tebu yang amat luas (refer gambar), kiri-kanan penuh ngan ladang tbu saujana mata memandang! Punyalah luass!!! Sampai kat area Perlis, dah pun pukul 11am, so kira dah terlambat banyak la! Nak tak nak, we all satu family + ipar punya family + mertua just gi jalan-jalan kat area Padang Besar, Perlis je. Tu pun kira first time jejak kat sana! Tak beli apa pun kat sana cuma beli barang2 mainan utk bebudak jer..adehhh..

No comments:
Post a Comment