Jalan-Jalan @ Morib





Tak tau nak wat apa time weekend, so i decide bawak my kids + sepupu-sepupu dorang gi jalan-jalan kat Pantai Morib. Last skali pergi sana tak silap time masih belajar lagi (itm). Agaknya tahun 1992 kot...time tu kena wat istana pasir as our process of learning about texture and shape kalau tak silap la. Fuh..jauh gak driving gi sana, almost 1 jam lebih perjalanan dari KL. Sampai-sampai jer, semua melompat keluar sebab x sabar. Baru jer lepak makan-makan tak sampai setengah jam, geng-geng monyet liar mula buat kacau. Ada makanan yang kami bawak, dirembatnya dengan muka seposen jerk..mmg monyet ni buat muka tak reti jerk..adehhh..

Run for Fun by Astro - Larian Kelam Kabut!


Penganjuran larian RUN FOR FUN anjuran ASTRO CERIA berlangsung di Stadium Shah Alam pada Ahad, 30 Mac 2008 dengan suasana yang penuh kelam-kabut dan tidak teratur! Ketibaan keluarga serta ibu-bapa seawal 5.30 pagi lagi membuatkan pihak pengurusan larian menjadi tidak terkawal. Ramai ibu-bapa yang bersungut kerana pembahagian nombor serta bip yang tidak teratur. Pihak Astro menyalahkan ibu-bapa kerana gagal mengambil nombor sehari sebelumnya, padahal pihak ibu-bapa langsung tidak diberitahu mengenainya lebih awal. Saya yang juga mendaftar 2 minggu lebih awal melalui online (astro.com.my/astroceria) juga gagal mengambil nombor serta bip yang betul pada anak-anak saya. Ramai yang terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan nombor dan ini menyebabkan pihak Astro mejadi kelam kabut serta bertindak melambung semua bip kearah orang ramai!. Ini merupakan satu tindakan yang langsung TIDAK PROFESIONAL! Akibatnya, anak saya yang baru berumur 9 dan 7 tahun terpaksa berlari dibawah kategori 13 tahun! Ramai ibu-bapa mula bersuara dan kekecohan berlaku. Sepatutnya pihak Astro lebih bersikap teratur dan harus mempunyai plan yang baik untuk mengawal pertandingan. Ini kerana pertandingan ini adalah untuk kanak-kanak dan cara mereka mengendalikan pertandingan langsung tidak mencerminkan tahap profesional!

Malaysia Election: Rakyat Bersuara.


8hb Mac 2008 baru-baru ini merupakan hari untuk rakyat Malaysia bersuara dengan cara demokrasi iaitu dengan cara melakukan undian untuk memilih kerajaan baru yang difikirkan layak untuk mengemudi negara.Dan pada malam keputusan tersebut jugalah menyaksikan banyak negeri-negeri tumbang ke tangan pembangkang seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor sementara negeri Kelantan terus rakyatnya menyokong penuh kepimpinan PAS. Persoalannya..bagaimanakah negeri-negeri yang kuat seperti Selangor dan Perak boleh tersungkur dengan teruk pada pilihanraya kali ini? Dan bagaimanakah dan kenapa ramai Menteri-Menteri kecundang dengan ramai sekali? Jawapannya hanya ada pada rakyat..Dan rakyat telah menggunakan peluang mengundi ini untuk bersuara...

Jalan-Jalan @ Penang


On last 8hb Mac baru-baru ni merupakan hari mengundi besar untuk negara Malaysia, so i pun tak ketinggalan la untuk sama2 mengundi. Jam 7.30 pagi, i dah tercongok di tempat pembuangan undi yang mana i mengundi di Sentul, KL, Parlimen Batu. Habis jer memangkah kat situ, i with my family bergegas pula balik ke Alor Star (kampung my wife) utk turn my wife plak memangkah! I sampai di Alor Star lebeh kurang jam 2 lebeh la, trus ke tempat pembuangan undi my wife di Parlimen Alor Star.. We all stay Alor Star for 2 days..On day way beack to KL, me and my wife decide nak bawak anak2 gi jalan2 kat Penang (skang musim cuti skolah..). So, destinasinya..Bukit Bendera. Punya la ramai manusia menunggu nak naik train ke atas. Sesiapa yang tak penak naik train Bukit Bendera, sure gayat pasal laluannya amat curam! Kalau kabel terputus..sure menggelongsor terus ke bawah!! Lebeh kurang 2 jam kat Bukit Bendera, terus balik KL naik Feri. Muka anak2 semua dah penat sebab cuaca panas kot.. Sampai je kat KL, semua pengsan!

Sate Kajang


Makan-makan di Sate Kajang Hj Samuri, Restoran Jejantas Sg Buloh.

Cloverfield @ Cineleisure





Arini after taking some picture at Proton BLM (New Model of Saga), me and my frens decided to watch a movie. Today, we all set nak gi tengok 'Cloverfield' di Cineleisure, The Curve Damansara (Official panggung wayang..huhu) Our movie start at 7.30pm. So..before menonton, we all gi pekena roti bakar dul kat area tu.. Sedap gak, maybe sebab lapar la kot! Rite after makan that roti bakar, we all terus ke Cathay. Tak sampai 5 minit, that sory begin. Frankly, sesaper yang ader penyakit jantung or jenis cepat pening, you were advise not to watch this movie! Sure sesiapa yang tak tahan, akan muntah-muntah sebab pening dengan camera teknik yang digunakannya..! Why? Pernah tengok movie 'Blairwitch Project'? If penah tengok, then this Cloverfield film using the same method like Blairwicth Project. Means...cara penggambaran yang dilakukan dengan hanya menggunakan camera ditangan para pelakonnya. Cerita baru 5 minit, kepala dah mula rasa pening! Hahahaha... Still x paham apa yg i cakap? Then..go watch that movie! Tetapi, jalan cerita memang amat menarik..siyes!




MacBook Air


Apple Inc. introduce New MacBook Air, the World Thinnest Notebook at MacWorld 2008 yesterday. Really Make me tak boleh tidor malam! Huhuhu...(watch the video below!)

Help Find Sharlinie!


Sharlinie Mohd Nasyar or Nini, 5, went missing Wednesday morning after going to the playground at PJS 2 in Taman Medan, Kuala Lumpur at about 11am. New Straits Times writes that a police report was lodged the same day by father Mohd Nasyar Mat Hussain.

Utusan Malaysia reports that Sharlinie was last seen wearing a light blue tee-shirt and pink slippers. She is about one meter in height, weighs 20 kilogrammes, and has short hair with a round face.

District police chief ACP Arjunaidi Mohamed also released the photofit of a suspect who had on Monday abducted a 6-year-old girl in the neighbourhood. Those with information on Sharlinie’s whereabouts, or on the suspect, to contact RakanCop at 03-21159999.

Bernama request that anyone with information on Nini’s disappearance to contact the nearest police station, or call her mother Suraya Ahmad at 016-2709096 or Mohd Nashar at 016-2583450.

They Conquer..


Sedar tak sedar, skarang ni dah terasa susah dah me and my wife nak sit down on sofa sambil tengok tv..semua dah penuh and fully occupied!! My kids semua dah book tempat siap-siap on that sofa..hahaha! Good for them! So..terpaksa la we all dok atas carpet je..huhu. Tak sedar semua dah membesar dengan cepat...

Seri Going to School


Today, anak i no.2 memasuki darjah 1. Pagi2 lagi Seri Irysha telah bangun and mandi serta bersiap-siap untuk kesekolah. Jika 2 tahun sudah, i yang pergi daftarkan anak lelaki i semasa darjah 1..kali ini her mama plak yang menemani dia untuk first day kat sekolah.


Eye On Malaysia




















































For a very last minute,
(lagi 1 hari before Eye On Malaysia akan tamat - should be end on midnite 31 dec 2007 but one of their staff told me that this thing will be extend until August 2008!) me and my family decide to go for a ride at Eye On Malaysia. Sekitar jam 9.30 malam rite after i coming back from office, we all satu family ke Tasik Titiwangsa, KL. Sesampai jer kat Titiwangsa jam 10pm...fuhhhh!, orang punyalah panjang Q! So, dah jadi berbelahbagi samada mahu naik that thing or not. So, we all satu family lepak2 sekitar tasik sambil makan aiskrim. About 11pm, Q yang panjang tadi dah makin pendek, alang-alang dah kat sini..so we decide untuk beratur. X sampai 15 minit, kitaorang dh pun tercegat depan kaunter tiket! After paying RM15 (adult) x 2packs and RM8 (child) x 2 packs..total of RM46.00 (lagik 2 of my kids FREE, underage..fuhh..lega!), we all dah pun kat dalam Gondola! I ni mmg cepat panik and takut tempat tinggi, baru jer that thing naik beberapa meter, mula la i kecut perut! Adehh..huh! Gayat betul! My wife and two of my daughter, selamba jerk..tapi i and anak laki sulong i plak yg kecut perut. We all tergantung di dalam selama lebih kurang 20 minit, sempat buat 8 pusingan penuh...and the best thing is, tu ride yg terakhir pada malam ni..Jam 12midnite, gondola yang membawa kami satu family berhenti dan tibalah turn we all untuk keluar. Senang cerita, naik Eye On Malaysia mmg berbaloi! (walaupun i mmg cepat gayat..huhu!)