Playing with Nature @ Rainforest 1 Utama



Rainforest Park at 1 Utama, Damansara Utama, Kuala Lumpur.

Chelsea at Shah Alam Stadium


Last night, i've great apportunity to watch football match between Malaysia vs Chelsea. Although Chelsea win the game 2-0, but still can give credits to Malaysia Team because they work and playing very hard to stop Chelsea attack!

Family Day @ Sunway Lagoon


To appreciate the staffs, my company have organised a very big great family days at Sunway Lagoon.

Lazy Sunday @ Pool



Entertain my kids at our condo's pool. Nice view when taken pictures under water!

School Holiday@Penang


This photos taken during last school holiday. Location: Penang Hills.






Muzium Negara

Cuti sekolah dah bermula! Sebagai permulaan, i bawak my kids dan cousin-cousin dorang pergi lawatan ke tempat yang paling hampir dengan rumah..Muzium Negara! Dengan bayaran RM2 untuk kemasukan dewasa dan percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, kira ok la. Lagipun bahagian pameran Muzium Negara masih lagi dalam proses penambahbaikan. Hanya ruangan di bahagian atas galeri yang dibuka. Walaupun begitu, banyak proses penambahbaikan yang menarik telah dilakukan oleh Muzium Negara untuk menarik pelancong.

Jalan-Jalan @ Morib





Tak tau nak wat apa time weekend, so i decide bawak my kids + sepupu-sepupu dorang gi jalan-jalan kat Pantai Morib. Last skali pergi sana tak silap time masih belajar lagi (itm). Agaknya tahun 1992 kot...time tu kena wat istana pasir as our process of learning about texture and shape kalau tak silap la. Fuh..jauh gak driving gi sana, almost 1 jam lebih perjalanan dari KL. Sampai-sampai jer, semua melompat keluar sebab x sabar. Baru jer lepak makan-makan tak sampai setengah jam, geng-geng monyet liar mula buat kacau. Ada makanan yang kami bawak, dirembatnya dengan muka seposen jerk..mmg monyet ni buat muka tak reti jerk..adehhh..

Run for Fun by Astro - Larian Kelam Kabut!


Penganjuran larian RUN FOR FUN anjuran ASTRO CERIA berlangsung di Stadium Shah Alam pada Ahad, 30 Mac 2008 dengan suasana yang penuh kelam-kabut dan tidak teratur! Ketibaan keluarga serta ibu-bapa seawal 5.30 pagi lagi membuatkan pihak pengurusan larian menjadi tidak terkawal. Ramai ibu-bapa yang bersungut kerana pembahagian nombor serta bip yang tidak teratur. Pihak Astro menyalahkan ibu-bapa kerana gagal mengambil nombor sehari sebelumnya, padahal pihak ibu-bapa langsung tidak diberitahu mengenainya lebih awal. Saya yang juga mendaftar 2 minggu lebih awal melalui online (astro.com.my/astroceria) juga gagal mengambil nombor serta bip yang betul pada anak-anak saya. Ramai yang terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan nombor dan ini menyebabkan pihak Astro mejadi kelam kabut serta bertindak melambung semua bip kearah orang ramai!. Ini merupakan satu tindakan yang langsung TIDAK PROFESIONAL! Akibatnya, anak saya yang baru berumur 9 dan 7 tahun terpaksa berlari dibawah kategori 13 tahun! Ramai ibu-bapa mula bersuara dan kekecohan berlaku. Sepatutnya pihak Astro lebih bersikap teratur dan harus mempunyai plan yang baik untuk mengawal pertandingan. Ini kerana pertandingan ini adalah untuk kanak-kanak dan cara mereka mengendalikan pertandingan langsung tidak mencerminkan tahap profesional!

Malaysia Election: Rakyat Bersuara.


8hb Mac 2008 baru-baru ini merupakan hari untuk rakyat Malaysia bersuara dengan cara demokrasi iaitu dengan cara melakukan undian untuk memilih kerajaan baru yang difikirkan layak untuk mengemudi negara.Dan pada malam keputusan tersebut jugalah menyaksikan banyak negeri-negeri tumbang ke tangan pembangkang seperti Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor sementara negeri Kelantan terus rakyatnya menyokong penuh kepimpinan PAS. Persoalannya..bagaimanakah negeri-negeri yang kuat seperti Selangor dan Perak boleh tersungkur dengan teruk pada pilihanraya kali ini? Dan bagaimanakah dan kenapa ramai Menteri-Menteri kecundang dengan ramai sekali? Jawapannya hanya ada pada rakyat..Dan rakyat telah menggunakan peluang mengundi ini untuk bersuara...

Jalan-Jalan @ Penang


On last 8hb Mac baru-baru ni merupakan hari mengundi besar untuk negara Malaysia, so i pun tak ketinggalan la untuk sama2 mengundi. Jam 7.30 pagi, i dah tercongok di tempat pembuangan undi yang mana i mengundi di Sentul, KL, Parlimen Batu. Habis jer memangkah kat situ, i with my family bergegas pula balik ke Alor Star (kampung my wife) utk turn my wife plak memangkah! I sampai di Alor Star lebeh kurang jam 2 lebeh la, trus ke tempat pembuangan undi my wife di Parlimen Alor Star.. We all stay Alor Star for 2 days..On day way beack to KL, me and my wife decide nak bawak anak2 gi jalan2 kat Penang (skang musim cuti skolah..). So, destinasinya..Bukit Bendera. Punya la ramai manusia menunggu nak naik train ke atas. Sesiapa yang tak penak naik train Bukit Bendera, sure gayat pasal laluannya amat curam! Kalau kabel terputus..sure menggelongsor terus ke bawah!! Lebeh kurang 2 jam kat Bukit Bendera, terus balik KL naik Feri. Muka anak2 semua dah penat sebab cuaca panas kot.. Sampai je kat KL, semua pengsan!