Happy Birthday!




Hari ni 29th October 2007, adalah hari jadi i dan sorang lagik anak perempuan i, Puteri Irdyna. Kita sama-sama share the same date birthday! Plus sorang lagik anak i yg kecik, Wan Nur Irman..lewat sket, 30 October, kira dekat2 la tuh. Pagi2 lagi sampai opis, ada sorang member rapat i send and wish me Hepi Besday..thanx! Bila balik jer kerja belah petang, masuk-masuk umah jer, tetiba anak sulong i snap gambar i..terkezut! Rupa-rupanya my wife wat suprise utk i ngan anak pompuan i tu + anak yg kecik skali. My wife dah sediakan dua kek yg comel utk celebrate our besday...thanx laling! Macam biasa lah, bila nampak jer lilin kt atas kek, semua anak-anak i berebut nak tiup! Adehh... Bulan ni saja (october), dah 4 kali we all sambut birthday! Kenapa erkk?? Kerana semua anak-anak i lahir pada bulan October!!...my wife jer lahir bulan 12...huhuhu.. So, 4 kali la tiup kek! Nasibla...Happy Birthday semua!!! Gulppp......

Malaysia Oh Malaysia..


Ditemani hujan renyai-renyai, i bergerak ke Stadium Shah Alam utk kasik support pada team Malaysia yg akn berdepan dgn team Bahrain (kelayakan piala dunia 2010). Jam 8.20pm, i sampai kat stadium, member2 i dh tercongok tunggu kat sana dah..huhuhu. Orang kt stadium x berapa ramai malam ni, maybe sebab esok dah kerja! (or malaysian fan dah malas nk sokong sebab first round, malaysia lost to Bahrain 1-4!) Tak kisahlah apa-apa pun! Game start dengan suasana panas..meaning dua-dua team main keras. Hasilnya pada minit ke 15, sorang player Malaysia + sorang player Bahrain kena REDCARD..haiyaaaa! Masing2 ternganga pasal terpaksa bermain ngan 10 orang player sahaja! Padan muka! Half time memang game milik Bahrain, dorang control habis bola! Half time jer, dah brapa player dah kena yellow card sbb main kasar..refferee dari korea tu giler card kot! Masuk second half, player Malaysia dah tukar rentak (maybe dah kena maki hamun ngan coach masa kt dressing room time rest td kot!) Hasilnya, Malaysia byk menyerang...tapi mcm biasalah..maybe nasib tak ada or maybe Malaysia punya skill teruk! Semua bola depan gol, semua takleh masuk...! Adehhh..!! Seriously, Indra Putra Mahyudin memang hancur lebur malam ni, malas nak carik bola!! Yang i tgk rajin sket, Safee Ali! Byk kali dia rancang gerakan cantik cuma takder luck. Result penuh, Malaysia 0, Bahrain 0. Dua2 nganga! :)

Mandi Kolam

Petang jam 5 lebih, rumah i kena serbu ngan anak2 buah..huhu. Dorang ajak i temankan dorang mandi kolam kat condo i. Dengan mata ngantuk, i pun turun la gak temankan, bukannya selalu pun. Punya lah ramai budak2 kat pool arini, penuh! Anak2 i semua turun mandi kt pool termasuklah sepupu-sepupu dia..meriah la sket bila mandi ramai-ramai ni. Blum pun satu jam dorang mandi, guruh dah berbunyik! Apa lagik, i ajak la dorang masuk rumah balik..! Muka masing2 selebet jer pasal tak puas mandi! Huhuuhu..nasib laaaa... Lega i, dah la malam karang nak gi stadium plak tgk bola!

Open House Lagi

Jam 1.30pm, i and my family going out again for another hari raya openhouse. Kali ni di rumah Azri & Dilla kat area Subang Bistari. Nak ke sana, terpaksa melalui area jln sg buloh yg penuh sesak..pasal jalan 2 lane jadi 1 lane! My kids baru 10 minit dlm kereta, terus tertidur..ngantok la tuh. Sampai sana lebih kurang jam 2.15pm, member2 yg lain semua dh sampai..semua tgh sibuk melahp juadah makanan! Adehhh...i pun join la! Selamat Hari Raya!!!!

Open House @ Bukit Beruntung


Petang ni lepas bangun tido, lebih kurang jam 6pm..i ditemani oleh 2 anak gadis i telah driving ke Bukit Beruntung, Selangor untuk menghadiri satu jemputan rumah terbuka aidilfitri kawan satu opis. Sampai jer area jalan Templer, jalan jem bagai nak rak! Ada dekat 13.5 juta kereta beratur panjang kt jalan tuh..adehh!! Jem teruk! Tapi dah alang-alang tuh, teruskan jugak la. Sampai kat umah member tuh dh dekat jam 7pm..dah senja, dah gelap. Terus hentam meehon sup...perghhh..sedap betol! Sampai 3 mangkuk i bedal! Anak i yg dua orang tu pun sama, siap makan meehon sambil pau gula-gula lagik! Semua member2 rapat datang, riuh rendah ngan lawak! Thanks for Faizal & Laila sebab sudi ajak gi open house! Selamat Hari Raya!




Apple Launch OSX Leopard..WOW!

On October 26 ni, Apple Inc akan lauch satu lagi system baru - Mac OS X Leopard! Sebagai Mac User, i pun memang tak sabar nak tunggu dan tgk this new system ni. Dah 3-4 kali i dok tgk dia punya review video kat www.apple.com/osx, fuhhhh! Mmg SUPERB beb! Harganya pun takder la mahal ngat..kira berbaloi la. Nak tahu apa yang OS X Leopard bleh wat, go to Apple Website. Dia punyer interface dia..mak aiii...memang dasyat. Byk pembaharuan dlm system terbaru ni..Interactive system dia mmg ada umphhh! Nak tau apa yg dasyhat dan umphh? Check out apple.com! U need to see it to believe it! I'm proud to be a one of Mac User since 1993!

Wi-Fi Time + Coffee Break




Arini..kitaorang decide nak gi wat kerja, berbincang + upgrade computer masing-masing kat satu cafe area rawang. Tempat tu namanya Simply Fusion..kira ok la pasal tempat ni pun ader kemudahan free wi-fi! Padahal kat umah i pun bleh wat. Tp oleh kerana dah janji, so kena ikut la! Byk benda pasal computer we all share and upgrade kt sini. Badan pun dah penat sgt, tapi paksa gak wat kejer ramai-ramai..baru FUN! Yang bestnya, member i..si Epol dari start duduk sampai siap siap kerja kitaorang, still xleh nak bukak wi-fi system dia, asyik on off on off jer! Wuhuhuhuhuhu! Kesimpulannya...lagi ramai org, lg meriah wat kerja!

Touch Down! Mission Completed! & MY TEAM-2 vs INDONESIA




















Tepat jam 6.37pm, 21 October 2007, waktu Malaysia, Soyuz TMA-10 yang membawa Dr Sheikh Muszaphar selamat sampai ke bumi bersama dua lagi senior astronault. Setelah berada di ISS (International Space Station) selama 11 hari, kapsul yang membawa 3 astronault itu mendarat baik di bumi Khazastan walaupun tersasar lebih kurang 340km dari landing spot yg sepatutnya. Welcome Home! Malaysia Boleh!!!








MY TEAM 2
After selesai tgk pendaratan SOYUZ kat tv (hmm..no LIVE broadcast pun..balik-balik tgk muka penyampai jer kt TV, maybe ada some technical prob la kot!), i terus ke Stadium Bukit Jalil, KL untuk menyaksikan satu perlawanan persahabatan antara MY TEAM 2 vs INDONESIA. Sampai sana pun dah terlewat, tapi member2 pun blum sampai lagi! Cehh! Tiket ada ngan dorang plak tuh, kalau tak boleh terus masuk! We all masuk stadium jam 8.30pm, ada satu band rock mana ntah tgh wat show..bingit telinga pasal dok dgr konsert jerit-jerit dorang yg ntah apa-apa ntah! Melalak tak tentu pasal! Tepat jam 8.45pm, game pun mula! First 5 minutes, nampak ok la..MY TEAM 2 dok serang jer kubu INDON. Tapi mcm biasa la..kena attack..terus gabra! Hasilnya..minute ke 15, jaring MY TEAM 2 bocor! Lepas terkena 1 gol, permainan MY TEAM 2 jadik kucar-kacir tak tentu arah...macam orang terlebih amik dos dadah plak..semua tak menjadi! And...lagik skali gawang MY TEAM bocor! Adehhh... Time tu, mula la geng-geng MY TEAM 2 supporter carik pasal ngan penyokong Indon..orang kat tgh padang sibuk main bola, dorang dok sibuk main baling-baling botol! Ada plak tetiba mercun meletup kat Indon Fan..apa lagi, kecoh la..siap nk bergaduh! Mengong! Huhuhu! Kesimpulannya, MY TEAM 2 belum cukup teknik dan skill utk diturunkan menentang Indonesia. So, MY TEAM 2 tewas 0-2! Yang paling TAK BEST, penganjur janji nak turunkan kesebelasan utama pasukan Indonesia, tapi yg main semua skuad pelapis! TIPU KA! Haiyyaaa!!



Raya Tamat!


Hari ni, 2ohb Oktober...maka tamatlah cuti-cuti raya! So, pagi2 buta lagi my wife dah kejutkan semua skali untuk bangun bersiap.. Jam 6.30am, semua dah siap! Family mertua pun tak pasal-pasal kena bangun awal gak kerana nak kena masak sarapan for us! Tepat jam 8am, we all bergerak with our ipar punya family yang dok seremban. Kira fresh la bila drive pepagi buta ni. On the way balik ke KL, sempat la gak singgah ke rumah mak saudara kat Tapah. Dapatla gak merasa laksa seround! Huhuhu! Then sambung drive lagi ke KL, punyalah mengantuk..pasal perut dah penuh hentam makanan tadi! Adehh... So, lepas beberapa kali berhenti rest di R&R, maka we all satu family selamat tiba di KL lebih kurang jam 3pm...hujan punyalah lebat! Guruh berdentum-dentam!!!! So, sampai umah..apa lagi..ngaga laaa!!! Penat beb!

Raya ke-6 di Padang Besar


Oleh kerana tak tahu apa yang nak dibuat, maka tetiba datang idea i and my family nak ke Wang Klian, Perlis (sempadan Malaysia-Thailand). Wang Klian ni terkenal dengan pusat membeli belah barangan Siam, kira macam kat Rantau Panjang, Pengkalan Kubor and Bukit Kayu Hitam la. Selalunya pasar di Wang Klian akan hanya dibuka sebelah pagi, tetapi oleh kerana tu first time gi sana, maka kami terlewat! Drive ke sana, kita terpaksa melalui satu ladang tebu yang amat luas (refer gambar), kiri-kanan penuh ngan ladang tbu saujana mata memandang! Punyalah luass!!! Sampai kat area Perlis, dah pun pukul 11am, so kira dah terlambat banyak la! Nak tak nak, we all satu family + ipar punya family + mertua just gi jalan-jalan kat area Padang Besar, Perlis je. Tu pun kira first time jejak kat sana! Tak beli apa pun kat sana cuma beli barang2 mainan utk bebudak jer..adehhh..

Hari Raya Di Alor Star


Hari Raya Ke-4, i dan family berangkat ke Alor Star, Kedah D.A. Seperti tahun-tahun sudah, memang setiap kali hari raya puasa, i akn balik beraya ke Kota Bharu dan juga ke Alor Star (kampung my wife). Perjalanan dari Kota Bharu ke Alor Star mengambil masa lebih kurang 6 jam (ni termasuk sangkut kt jem! Adeh..). Untuk ke sana dari Kelantan, satu-satunya jalan yang paling hampir dan pantas ialah melalui Lebuhraya Timur-Barat. Meaning i kena drive dr Kota Bharu > Batu Melintang > Grik > Gurun, then baru sampai ke A.Star. Sekiranya sesiapa yg pernah melalui Lebuhraya Timur-Barat ni, sure akan terpegun dengan keindahan panoramanya. Maklumlah, memandu di Banjaran Titiwangsa...in fact, sesiapa yg memandu, pasti akan melintasi Puncak Titiwangsa, iaitu kawasan yg paling tinggi di Banjaran Titiwangsa!
Waalllaaaaa!!

Aidilfitri 2007..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..!! 13 October, merupakan hari raya puasa unyuk tahun 2007. So, macam biasa la, semua adik beradik + menantu2 semua akan berkumpul di rumah kelurga di Kota Bharu Kelantan. Kebetulan tahun ni semua balik beraya di kota bharu, maka riuh-rendahlah rumah! Yang pening kepala, of coz la my mum! Huhuhu! Kalau di Kota Bharu, kebanyakkan menu pagi raya adalah sate, roti jala ataupun nasik dagang..plus dengan kuih muih la. So kat rumah parents i, menu pagi raya yang wajib ialah sate dan roti jala.Sate ni my father and i gi tempah kat Baung, Pengkalan Chepa. Kira kawasan ni memang famous la pasal sate..kira mcm sate kajang la. Jam 2 pagi malam raya, kita orang gi amik kat baung..jalan punya la sesak! Semua orang tengah Q nak ambik tempahan sate masing-masing. So, Selamat Hari Raya untuk semua..kenalan, family jauh dekat, bloggers2 di Malaysia...dan semua sekali! Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir batin.